LAWATAN PPTEM KE KOMPLEKS SEMBELIHAN PAYA PAHLAWAN MALAU, JITRA

JITRA, KEDAH 7 Jan – PPTEM telah mengadakan lawatan ke Kompleks Sembelihan Paya Pahlawan Malau di Jitra, Kedah pada hari ini.Kompleks sembelihan ini telah dibuka secara rasminya pada Disember 2020 dan telah diuruskan oleh 30 Baraqah Agro Farm.PPTEM telah diketuai oleh YBhg En. Muzammail Munajat, Pengerusi PPTEM Kedah.  Turut hadir dalam lawatan tersebut YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali, Presiden PPTEM Malaysia, YBhg Dato’ Abdul Rahim Hj. Kecik, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PPTEM dan merangkap Penasihat PPTEM Kedah, YBhg Tuan Hj. Syed Abdul Hamid, Setiausaha PPTEM Negeri Kedah dan beberapa AJK PPTEM Kedah dan juga Ahli Sekretariat 3PTEM Kedah.Rombongan telah disambut oleh YBhg Dato’ Sri Noor Firdaus Hiilmi Md. Hashim selaku Pengerusi 30 Baraqah Agro Farm dan turut hadir ialah YBhg En. Noor Azhar Hj, Mohamad, CEO 30 Baraqah Agro Farm dan YBhg En. Khairull Nizam Mohd Isa selaku COO 30 Baraqah Agro Farm.Satu taklimat mengenai syarikat dan operasi Kompleks Sembelihan telah disampaikan oleh YBhg En. Noor Azhar dan sessi perbincangan dan kerjasama telah dibincangkan.Beberapa peluang perniagaan juga telah dibuka kepada Ahli PPTEM terutama dalam program pemasaran daging tempatan dengan modal yang sangat rendah dan boleh mendapatkan pendapatan sehingga RM 1,500 sehari, untuk mengetahuinya sila pastikan ahli / usahawan mengikuti laman web ini.Kepimpinan 30 Baraqah Agro Farm juga telah membawa rombongan melawat kompleks sembilan dan program lawatan telah ditangguhkan pada jam 1 petang. 

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!