SIARAN MEDIA : KONVENSYEN 3PTEB 2019 & PELANCARAN RIZQMALL.MY | MALAYSIA ONLINE HYPERMARKET

PERTUBUHAN PEMERKASAAN & TRANSFORMASI EKONOMI MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA

KONVENSYEN 3PTEB 2019, PENYERAHAN BLUE PRINT 3PTEB & PELANCARAN RIZQMALL.MY | MALAYSIA ONLINE HYPERMARKET

Pertubuhan Pemerkasaan & Transformasi Ekonomi Malaysia, PPTEM, maju setapak lagi dalam usaha memperkasa agenda Bumiputera dalam capaian transformasi keusahawanan era digital.

Dalam acara tahunannya kali ini, PPTEM dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan akan menganjurkan Konvensyen 3PTEB 2019 yang akan dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan (MED), YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pada 3 Julai 2019, yang akan turut menerima penyerahan Blue Print 3PTEB. Platform hypermarket online Malaysia RIZQMALL.MY akan turut dilancarkan sebagai pemangkin aktiviti usahawan secara maya.

Tiga penceramah akan tampil dalam Konvensyen 3PTEB 2019 bagi membentangkan kertas kerja mengenai senario ekonomi Bumiputera dan solusi-solusi yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memperkasakan Usahawan Bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej DMDI, YBhg Datuk Profesor Dr. Amir Hussin Baharuddin, akan membentangkan tajuk mengenai Kedudukan Semasa Ekonomi Malaysia, Peranan Usahawan Bumiputera Dalam Memperkasa Ekonomi Negara, serta Cabaran dan Persediaan yang diperlukan.

Manakala tajuk Plan Pelaksanaan Pemerkasaan & Transformasi Ekonomi Bumiputera (3PTEB): Dasar dan Hala Tuju 3PTEB akan disampaikan oleh Presiden PPTEM, YBrs. Encik Haris Fadzlah Mat Ali.

Konvensyen Plan Pelaksanaan Pemerkasaan & Transformasi Ekonomi Bumiputera (3PTEB) 2019 (#konvensyen3PTEB2019) akan berlangsung pada jam 8 pagi hingga 5 petang, 3 Julai 2019 di Dewan Tun Abdul Razak, Bank Rakyat Convention Centre (BRCC), Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

 

Haris Fadzlah Mat AlI
Presiden
Pertubuhan Pemerkasaan & Transformasi Ekonomi Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:-
Setiausaha Agung PPTEM, Puan Azlinda Baroni
HP: +6012 6690567  Email: azlinda@3pteb.my

 

Leave a Reply

PELAN PELAKSANAAN PEMERKASAAN