Bangsaku Melayu

Bangsaku Melayu

Bangsaku..
Beratus tahun kita dijajah dan dihina..
Diperbodoh dan dipersenda..
Cukup lama nenek moyang menanggung aib yang cukup hiba..
Namun, mereka tidak pernah berhenti berjuang mengembalikan maruah bangsa..

Bangsaku..
Hari keramat itu muncul juga akhirnya..
Laungan Merdeka bergema di seluruh pelusuk negara..
Berderai air mata syukur yang tidak terhingga..
Detik di mana Melayu kembali menjadi sebuah negara bangsa..

Bangsaku..
Perjuangan mengisi kemerdekaan amat luar biasa tuntutannya..
DEB diperkenal bagi membela Melayu yang lama teraniaya..
Walau tidak semua yang diimpi menjadi nyata..
DEB tetap kebanggan bangsa..

Bangsaku..
Beratus ribu anak Melayu, dari seluruh pelusuk desa dihantar ke luar negara..
Di masa sama berpuluh institusi pendidikan tinggi dibina dalam negara..
Ini semua untuk mengupaya anak bangsa..
Mungkin ramai yang masih peranannya dan tidak kurang juga yang lupa akan itu semua..

Bangsaku..
Walauapapun pendirianmu..
Marilah jadi generasi yang tahu apa itu syukur, jujur, amanah, berintegiti dan bersatu-padu..
Demi memastikan kelangsungan bangsa kita Melayu..

Bangsaku..
Tidak semua orang senang melihat kamu dan aku..
Pemalas, penipu, pengampu, perasuah dan segala yang buruk bagai telah dipaku didada Melayu..
Walau apapun kata mereka itu, aku yakin kau dan aku tidak begitu..
Benar, memang ada Melayu punya sikap seburuk itu, pesanku agar mereka bertaubatlah selalu..

Bangsaku..
Berusahalah sedayamu untuk memperbaiki kelemahan itu..
Sesungguhnya aku yakin stigma itu pasti akan berlalu..
Namun, ia tidak akan terjadi tanpa usaha padu dan semangat jitu..
Atas nama maruah Islam dan Melayu, aku yakin kita mampu..

Bangsaku..
Jika kamu seorang penjawat, buktikanlah dirimu bukan pengkhianat..
Berkerjalah bersungguh2 dengan semangat jitu..
Jangan sesekali kau beri ruang kepada mereka mencari salahmu..
Kerana tugasmu bukan hanya cerminan dirimu tetapi juga bangsa kita Melayu..
Ingatlah, jangan kamu curi tulang, curi wang dan segala yang membawa malu..

Bangsaku..
Pahit untukku katakan..
Bahawa ada antara kita benar-benar pengkhianat bangsa..
Peluang dan kekayaan digenggam hanya untuk diri sendiri, kerabat dan teman2 rapat sahaja..
Tanpa rasa malu kekayaan ditunjuk2 kepada anak bangsa yang wajar dibantu..
Inilah yang dikatakan Melayu khianat Melayu..

Bangsaku..
Ingatlah, kuatnya lidi kerana berkasnya,
Kuatnya batu kerana kerasnya..
Kuatnya kayu kerana terasnya..
dan kuatnya Melayu apabila semua sanggup bersatu dan saling membantu..

Bangsaku..
Akhir kata dariku, lihatlah semua anak Melayu itu sebagai anakmu..
Bantulah mereka sesungguhmu..
Jika kamu berharta, bantu dengan hartamu, jika kamu berilmu, bantu dengan ilmumu, jika kamu ada kuasa, masa dan tenaga, bantulah dengan kuasa, masa dan tenagamu..
Sesungguhnya, ini bukan lagi satu seru..
Tetapi satu perjuangan, satu jihad atas nama Islam dan Melayu..

Sekian

Prof. Dr. Haim Hilman
UUM

Leave a Reply

PELAN PELAKSANAAN PEMERKASAAN