DARI MEJA PRESIDEN 3 : Perutusan Hari Raya Aidil Fitri 1440 H/2019

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan jiwa ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga ada ketelanjuran kata, dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.
MOHON AMPUN dan MAAF ATAS SEGALANYA…

Selamat Hari Raya Aidil Fitri… Moga silaturahim diberkati Allah SWT…

Bismillahirahmanirahim…..

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada Penasihat PPTEM, YBhg Dato’ Seri Marajoh Hj. Unding, Ahli-Ahli Kehormat PPTEM, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong, Bendahari Agong, Timbalan Setiausaha Agong, Timbalan Bendahari Agong, Ahli Majlis Tertinggi Kebangsaan, Ahli Majlis Tertinggi Negeri, Pengerusi-Pengerusi Daerah, Ahli Jawatankuasa PPTEM, semua Ahli PPTEM dan juga semua keluarga….

PERJUANGAN BARU BERMULA DEMI ABATA (AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR), walaupun PPTEM baru setahun jagung, namun ia telah mengorak langkah dengan cepat dan bersegera, sehingga kini hampir telah wujud hampir di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Bagi merealisasikan dan mengiktiraf kewujudan, perancangan dan pelaksanaannya berjaya, PPTEM telah menetapkan sebuah Konvensyen akan diadakan pada 3 Julai 2019 yang dijangka akan dihadiri lebih 3,000 ahli dan usahawan Muslim di seluruh negara.  Dan ini menjadi titik tolak dimana Plan Pelaksanaan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Bumiputera (Muslim) (3PTEB) akan diterjemahkan dan diangkat menjadi sebuah Plan nasional yang akan dilaksanakan oleh PPTEM di seluruh negara.

Sempena dengan bulan yang mulia ini, dan kita telahpun berjaya berpuasa selama sebulan, semoga kita diberikan keteguhan ukhwah dan bergerak dalam barisan-barisan yang tersusun dan melangkah sederap supaya tidak ada yang melangkah sumbang.

Adalah menjadi sasaran PPTEM mempunyai keahlian seramai 2 juta orang pada penghujung 2020, dan semua kepimpinan PPTEM diminta berusaha untuk mencapai sasaran tersebut..dimana hanya dengan kekuatan keahlian dan ukhwah sahaja, dapat kita mengembalikan MARUAH ABATA…

Jika ada perselisihan faham, bawalah ke meja perundingan, kerana tidak ada apa yang tidak dapat diselesaikan, jika semua berlapang dada dan berusaha dengan semangat VOLUNTEERSIM dan PATRIOTISME…

Akhir kalam, saya sekali lagi Menyusun Jari Sepuluh memohon AMPUN DAN MAAF disepanjang kepimpinan jika ada tersalah dan tersilap…saya, isteri dan keluarga juga MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua..

Wassalam

HARIS FADZLAH MAT ALI
Presiden
PPTEM Kebangsaan

 

Leave a Reply

PELAN PELAKSANAAN PEMERKASAAN