Mengenai Kami

Siapa Kami?

MISI

Menjadi WADAH PERJUANGAN serta MEMPERKASAKAN usahawan dan EKONOMI ummah

VISI

MENJAMAAHKAN usahawan MUSLIM dan menjadikan mereka sebagai PANGLIMA dan SOLDADU ekonomi

Plan Pelaksanaan Pemerkasaan & Transformasi Ekonomi Bumiputera (PPPTEB) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan di Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 20 Julai 2020..

PPPTEB kini telah bergerak kehadapan dengan membawa Pelan Pelaksanaan Pemerkasaan & Transformasi Ekonomi Bumiputera (3PTEB), dan Pelan ini telah dijadikan sebagai panduan bagi melaksanakan Agenda Ekonomi Muslim / Bumiputera.

PENGENALAN PELAN

Plan Pelaksanaan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Bumiputera (3PTEB) telah di siapkan pada bulan Januari 2014.  Persidangan dan penubuhan Sekretariat 3PTEB telah di adakan pada bulan Oktober 2013 di Business School, Universiti Kuala Lumpur.

YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali dengan kerjasama YBhg Prof. Dr. Sulaiman Sajilan (UNIKL) dan dibantu oleh Prof. Dr. Naziruddin Abdullah (UNIKL) telah bersama-sama membangunkan 3PTEB dan disokong oleh beberapa NGO seperti DPMMKL, GPPPKMM dan lain-lain.

Januari 2014, satu majlis penerangan penuh mengenai 3PTEB telah dibentangkan di Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang pengerusikan oleh YBhg Dato’ Husni Salleh (CEO TERAJU), turut hadir adalah beberapa pegawai dari beberapa kementerian.

Namun begitu, program 3PTEB tidak dapat dilaksanakan pada waktu tersebut kerana kekangan kewangan kerajaan, oleh yang demikian, YBhg En. Haris telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program 3PTEB sehingga sekarang.

Kini Program 3PTEB ini sedang dilaksanakan dengan tertubuhnya beberapa organisasi untuk disesuaikan dengan peranan dan tanggungjawab, antaranya :

datatech

KLUSTER 1

PENGKALAN DATA – ICT (Pembangunan Software dll)

rizqworld

KLUSTER 2

4PU – Pusat Pengumpulan & Pengedarah Produk Usahawan

bizcoin

KLUSTER 3

KEWANGAN (Pelaburan, Aset, Hartanah, Sodaqah dll)

rizqmall

KLUSTER 4

PREMIS (Pembangunan Premis Perniagaan di atas Jenama RizqMart dll)

industries

KLUSTER 5

INDUSTRI (Pembangunan Produk Makanan & Minuman Halal)

Akademia

KLUSTER 6

AKADEMIA (menjalankan aktiviti bagi peningkatan ilmu kepada usahawan)

anp

KLUSTER 7

A & P (menjalan aktiviti penganjuran promosi dan pengiklanan dll)

womenworld

Ki2BM

Komuniti Ibu Berdikari & Berusaha Malaysia (Program Khas untuk Wanita)

Simpanan

Akan datang….

Read More