PPTEM MENERIMA ADUAN AHLI / PENIAGA SG KOB PADANG SERAI KEDAH

PADANG SERAI, KEDAH 27 Jul – Kepimpinan PPTEM / 3PTEB telah bertemu dengan Ahli PPTEM dan juga peniaga Sg. Kob, Padang Serai, Kedah yang menghadapi masalah dengan Majlis Daerah Kulim (MDK) yang telah tidak membenarkan mereka meneruskan perniagaan selepas PKP dan telah menerima saman dan lawatan daripada Penguatkuasa MDK sehingga 3 kali sehari.

Menurut peniaga, mereka telahpun berniaga di sepanjang jalan Utama Taman Mutiara telahpun berniaga 18 ke 19 tahun sebelum PKP, namun kini mereka tidak lagi dibenarkan berniaga.

Rata-rata peniaga rakyat tempatan yang mencari rezeki dengan berniaga kecil-kecilan.

Turut hadir YBhg En. Khairul Anuar Ahli Majlis Daerah Kulim yang berjanji untuk melihat kembali status peniaga berkenaan dan dimaklumkan bahawa MDK sedang mengenalpasti sebuah tempat untuk menempatkan semua perniaga tepi jalan bagi mengelakkan bahaya dan gangguan lalu lintas.

Presiden PPTEM Kebangsaan YBhg En. Haris Fadzlah dan Pengerusi PPTEM Negeri Kedah turut disertai oleh Setiausaha PPTEM Negeri dan Pengerusi PPTEM Kawasan Kulim Bandar Baru dan Pengerusi Padang Serai akan menyenaraikan semua Ahli PPTEM yang terlibat dan satu surat rasmi akan dihantar kepada Yang Dipertua MDK melalui Ahli Majlis bagi memohon perniagaan sementara, sementara menunggu penempatan yang baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *