PERBINCANGAN 2 HALA PPTEM DAN PUSAT PENGAJIAN PENGKOMPUTERAN – UUM

SINTOK, KEDAH 15  Jul – PPTEM hari ini telah mengadakan perbincangan awal 2 hala bagi pembangunan Plan 3PTEB bagi Kluster Ekonomi 1 3PTEB.

Perbincangan telah diketuai oleh YBhg En. Haris Fadzlah selaku Presiden PPTEM Kebangsaan, YBhg Dato’ Abdul Rahim Hj. Kechik selaku Pengerusi PPTEM Negeri Kedah dan turut serta YBhg En. Shahrizan Abdul Karim selaku Setiausaha PPTEM Negeri Kedah.

Manakala Pusat Pengajian Pengkomputeran – UTM telah diketuai oleh YBhg Dr. Ahmad Suki Che Mohamed Arif dan YBhg Dr. Azman dan turut serta YBhg Prof Madya Dr, Muhammad Nasri Md Hussin.

Perbincangan merangkumi Pembangunan Sistem Keahlian PPTEM, RizqMall | Malaysia Online Hypermarket dan eContractors.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *