PERBINCANGAN PPTEM – TEKUN MENGENAI PROGRAM PEMERKASAAN PERNIAGAAN RUNCIT

KUALA LUMPUR 6 Jul – Pertubuhan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Malaysia (PPTEM) telah mengadakan perbincangan bersama TEKUN bagi menyokong dari segi pembiayaan kepada Program Pemerkasaan Kedai Runcit / Pasar Mini Muslim di Negeri Kedah yang merupakan Projek Perintis.

Menjada sasaran PPTEM untuk memperkasakan 150 kedai runcit / pasar mini di seluruh Negeri Kedah. Sebagai persediaan, PPTEM telah merancang untuk mewujudkan Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Produk Usahawan (4PU) di Hub Halal Sungai Petani sebagai pusat pengedaran dan bekalan kepada kedai-kedai yang telah diperkasakan.

PPTEM telah di wakili oleh YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali, Presiden PPTEM dan YBhg Dr Mohamad Rizal Ismail, Timbalan Presiden PPTEM manakala TEKUN diketuai oleh YBhg Dato’ Adam Abd Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *