TEKS.my | Tugas- tugasan

Peserta di berikan beberapa tugasan dan mereka layak untuk mennerima pelbagai inisiatf, geran dan kredit berdasarkan kepada pencapaian berdasarkan kepada tugasan yang diberikan.

Selepas mendaftar, peserta dikehendaki menjalan tugas-tugasan seperti berikut :

TUGASAN 1

Memperkenalkan program The ENTREPRENEUR Kick Start (TEKS.my) kepada 10 orang peserta lain.

Kepada yang telah berjaya TUGASAN 1, peserta akan diberikan Geran Asas sebanyak RM 600.00 bagi tujuan ;

  1. Pendaftaran Perniagaan dengan SSM
  2. 100 keping Kad Perniagaan
  3. Membuka akan Bank Perniagaan dengan Panel-Panel Bank :
    • Bank Islam
    • CIMB Islamic Bank
    • Al – Rajhi Bank

TUGASAN 2

Kepada yang telah berjaya TUGASAN 1 akan ke Tugasan 2 :

  1. Menghadiri 2 Kursus Wajib :
    • The Business Kick Start – Peserta akan didedahkan kepada 2 kaedah perniagaan :
      • Sudah Berniaga – Mereka akan diberikan panduan, cara dan jalan untuk mengembangkan perniagaan dan seterusnya boleh dilantik sebagai Vendor untuk menjadikan produk dan perkhidmatan (jika sesuai) untuk dipasarkan oleh peserta yang belum mempunyai sebarang perniagaan.
      • Belum Berniaga – Peserta diberikan beratus-ratus peluang perniagaan, dan mereka hanya dibenarkan untuk memilih hanya 1 peluang perniagaan.
    • Marketing Strategy – Peserta yang telah mempunyai perniagaan dan yang telah memilih perniagaan akan diajar untuk memasarkan produk dan perkhidmatan yang mereka pilih.  Marketing Strategy ini penting untuk menentu upaya sama ada mereka boleh berhadapan dengan pasaran terbuka termasuk menggunakan teknologi sedia ada dan yang telah disediakan oleh PPTEM.
  2. Selepas menjalani kursus, peserta dikira hari pertama dan mesti (wajib) menjalankan perniagaan yang mereka telah pilih selama 3 bulan berturut-turut dan jika ada sebarang permasalah, peserta boleh merujuk kepada Ketua-Ketua Kluster / Mentor / Vendor bagi memastikan tidak ada masalah pengetahuan mengenai apa-apa sahaja tentang perniagaan yang sedang dilaksanakan.
  3. Selepas 3 bulan peserta dikehendaki menghantar satu laporan lengkap tentang perniagaan yang telah dijalankan beserta dengan penyata bank perniaggan untuk dinilai oleh JK Penganjur.  Jika mendapati peserta tidak mencapai tahap yang dikehendaki, peserta boleh dilanjutkan lagi selama 3 bulan dan maksima sehingga 12 bulan.
  4. Peserta yang berjaya, akan diberikan GERAN di anggarkan RM 10,000 – RM 25,000 dan juga KREDIT diangarkan bernilai RM 10,000 – RM 25,000.  Peserta boleh memohon mendapatkan GERAN dan TEKS.my akan mengkreditkan terus ke akaun semasa perniagaan peserta.  Manakala KREDIT, peserta boleh meminjamnya untuk membeli produk, peralatan dan lain-lain yang sesuai untuk perniagaan.  Pinjaman daripada KREDIT mesti dipulankan balik TANPA FAEDAH.

Selepas tidak bulan dan telah mendapat GERAN dan kemudahan KREDIT kedua, peserta tidak akan dipantau lagi dan dianggap peserta telahpun boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Namun begitu, peserta masih boleh mendapatkan sokongan dan khidmat nasihat daripada Ketua Kluster / Mentor / Vendor dari masa kesemasa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *