LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT PPTEM KE KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI, KEDAH

SUNGAI PETANI, KEDAH 20 Jan – Pertubuhan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Malaysia (PPTEM) telah membuat lawatan dan kunjungan hormat ke Kolej Komuniti Sg. Petani pada hari ini. Lawatan dan kunjungan hormat dari PPTEM telah diketuai oleh YBhg En. Haris Fadzlah selaku Presiden PPTEM merangkap Ketua Zon Utara dan juga sebagai Ketua Kluster Ekonomi 4 : Premis (K4).  Turut bersama adalah Lt Kol Wan Mohd Zamri (k2), Dr. Suraya (k6), En. Jurimi (k7), En. Nazri Timbalan Pengerusi PPTEM Negeri Perak dan juga beberapa Ahli Jawatankuasa PPTEM Negeri Kedah. Rombongan daripada PPTEM telah disambut baik oleh Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani YBhg Puan Najmiah bt Hj. Abdullah dan ahli pengurusan tertinggi KKSP. Perbincangan 2 hala telah dilakukan, dan pelbagai kekuatan dan kelemahan diperbincangkan terutama dalam aspek dan isu keusahawanan.  Beberapa titik pertemuan kerjasama telah dapat di simpulkan dan PPTEM sendiri akan mengusulkan beberapa kerjsama dalam bentuk menang-menang bagi memberi ruang dan peluang lebih kepada Pelajar KKSP dan Ahli Usahawan PPTEM yang ingin menambah ilmu kemahiran di KKSP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *