MoU diantara PPTEM dan Koperasi Himpunan Kasih KL Berhad mewujudkan kerjasama NGO dan Koperasi

KUALA LUMPUR 3 Okt – Pertubuhan Pemerkasaan dan Transformasi Ekonomi Malaysia (PPTEM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Koperasi Himpunan Kasih Kuala Lumpur Berhad dalam menjalinkan kerjasama pembangunan dan pemerkasaan perniagaan di antara NGO dan Koperasi.

Majlis MoU ringkas telah ditandatangan oleh YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali, Presiden PPTEM dan YBhg Zahari Saad, Pengerusi Koperasi KHKKKB.

Lebih banyak lagi kerjasama yang akan dilaksanakan pada masa-masa akan datang di antara PPTEM dan Koperasi-Koperasi dalam pembangunan dan pemerkasaan sektor perniagaan koperasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *