Kerjasama PPTEM dan MAWAR dipereratkan lagi..

SHAH ALAM, SELANGOR 23 Ogos –¬†Mesyuarat kerjasama PPTEM dengan Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) berlanjutan MOU yang telah di adakan pada 3 Jul 2019 sempena dengan Konvensyen 3PTEB 2019 @ Shah Alam, Malaysia di teruskan lagi.

Kerjasama ini, PPTEM dan MAWAR bagaimana mendepani cabaran dalam sektor pemborong dan peruncitan, temasuk PPTEM membekal dan memasarkan ke semua produk Muslim melalui MAWAR yang dianggarkan mempunyai lebih kurang 10,000 kedai runcit dan pasar mini di seluruh negara.

Dijangka semua semua kedai runcit Ahli PPTEM / MAWAR akan memperkenalkan satu logo / jenama selain menggunakan sistem sama, bagi membolehkan hubungan perniagaan dapat diteruskan di atas talian.

Perbincangan juga, adalah membuka beberapa pasaraya bagi memberikan daya saing kepada perniagaan ini dan sekali gus boleh memberikan manfaat kepada Ahli dan Masyarakat untuk mendapatkan produk lebih murah.

RizqMall.my | Malaysia Online Hypermarket juga akan menjadi platform pembelian bagi pelanggan, selain semua Ahli Peruncit boleh menghantar produk terus ke pintu rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *